assalamualaikum

salam pengenalan buat semua...
terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang xseberapa nie...
leave ur comment k..
n klu ada ilmu yang lebih, kongsi2 dengan saya ea..
thanks...
jazakallah

Tuesday, October 6, 2009

jenis?????

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
** 10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing &..... Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan ;
shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.

Wednesday, September 9, 2009

PERSAHABATAN YANG BAIK

Sesungguhnya ikatan akidah itu adalah sekuat-kuat ikatan. Sesungguhnya orang-orang yang hidup di bawah naungan cinta dan persaudaraan Islam, persaudaraan kepada Allah dan lillahi taala akan mendapat merasai dan menikmati satu kebahagiaan yang hakiki, kepuasan jiwa yang tidak terperi di mana ia tidak dapat dikecapi orang-orang yang menilai hidup dengan nilai-nilai keduniaan yang fana ini.

Sesungguhnya suasana ukhuwah atau semangat persaudaraan Ikhwanul Muslimin yang telah dinikmati oleh anggotanya adalah seumpama air dengan ikan. Sekiranya ada di kalangan mereka yang menghadapi kesulitan, kelekaan, kelesuan, kealpaan atau mengikut pujukan syaitan tidak akan dibiarkan begitu sahaja supaya tidak hanyut dalam suasana sedemikian yang terdedah kepada kehancuran dan kebinasaan.
Muslim yang mempunyai sahabat yang baik tidak akan mengajak atau membiarkan mereka melakukan kehancuran tetapi akan memberi peringatan, menolongnya melawan godaan syaitan dan nafsu. Ini merupakan suatu bekalan yang besar sepanjang jalinan persahabatan.

Sesungguhnya sahabat yang baik adalah orang yang sentiasa mengingatkan kita kepada keba-ikan. Salah seorang Assalafuddin pernah berkata: “Laksanakanlah nasihat itu dengan cara apa pun iaitu dengan cara yang paling baik dan dan terimalah dengan apa cara yang baik. Sekiranya sahabat itu menegur kamu secara rahsia maka dia telah membaiki dan menghiasinya tetapi sekiranya dia menegur secara terang-terangan di hadapan khalayak ramai maka dia telah memalukan dan mengkhianati sahabatnya. Persahabatan yang baik menambahkan lagi kebahagiaan yang dikecapinya kerana penglibatan saudara-saudaranya bersama-sama di dalam kegembiraan itu akan dapat meringankan kepenatan dan kesesuaian semasa ia ditimpa bahaya dan bencana. Ini merupakan pembantu dan bekalan sepanjang jalan. Allah SWT telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud : “Tolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam dosa dan permusuhan”.”
Jelaslah, arahan ini bukanlah ditujukan kepada individu semata-mata tetapi ditujukan khasnya kepada umum.

Namun persahabatan yang baik dan kukuh adalah wajib dan lazim untuk orang-orang yang berjalan di atas jalan Allah SWT. Alangkah besarnya bekalan yang akan didapati oleh seseorang dalam persahabatan yang baik dan harmonis, berkasih-kasihan di jalan Allah untuk mendapat keredhaan dan kesempurnaan-Nya serta ganjaran baik dari-Nya lantaran perasaan cinta kepada Allah SWT, pandang-memandang sesama mereka penuh erti cinta yang ikhlas kerana Allah SWT, berjabat tangan kerana Allah dengan disulami senyum simpul terhias di wajah, saling ziarah-menziarahi, wasiat-mewasiati serta ingat-mengingati ke arah kebaikan. Rasulullah SAW pernah bersabda, mafhumnya :

“Tujuh golongan yang akan dinaungi Allah di hari yang tiada lagi naungan kecuali naungan Allah yang satu. Salah satu dari-padanya ialah dua orang lelaki yang berkasih sayang kerana Allah, kedua-duanya bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.”

Allah SWT amat mencintai orang yang mencintai sahabatnya. Oleh kerana pentingnya persahabatan yang itu dengan segala kebaikan dan faedah yang lahir daripada nya terhadap Islam dan umatnya maka kita dapati Islam serta syariatnya memelihara nilai-nilai persa-habatan, mengawal dari dari segala perkara yang merosakkan perpaduan serta mengharamkan daripada perkara-perkara yang membawa kepada sifat dengki, benci, menipu, berlaku curang, khianat, mengejek, bersangka buruk mencari kesalahan orang lain, memutuskan hubungan, hipokrit dan saling berpaling tadah (tidak setia).

Ingatlah pesan Rasu-lullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud : “Janganlah kamu saling putus-memutus hubungan, saling berpaling tadah, saling benci-membenci dan saling berhasad dengki. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Dan tidak halal bagi seseorang muslim yang ber paling dari saudaranya melebihi dari tiga hari”.

Alangkah bahagianya kita dengan nikmat persaudaraan kerana Allah dan perlu kita memelihara nya dengan segala kemampuan dan cara yang ada.
Oleh itu wahai saudaraku ! Carilah sahabat yang soleh, bersa-habatlah dengan persahabatan yang baik kerana ia merupakan penolong dan bekalan sepanjang jalan.
“Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata. Oleh itu apabila kamu berdo’a janganlah kamu minta segunung emas permata tetapi mintalah dari tuhanmu sahabat yang soleh”.

7??????

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.


"" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu. " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.Sambung pemuda itu lagi,

" Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,

"Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu." " Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

" Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. " Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," " Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.

"Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Tuesday, September 8, 2009

RAMADAN

♥ Sujudku pada Sang Penguasa
Tadzimku pada Raja Malam
Yang membawaku pada kebesaran Ramadhan
Sucikan hambaMu dengan MaghfirahMu
Marhaban Ya Ramadhan...

Jika kelakuanku membekas luka
Bila ucapanku menoreh dusta
Siramilah aku dengan samudera maafMu
Untuk bersihkan segala khilafku

Tiada kata seindah Dzikrullah
Tiada bulan seindah Ramadhan
Izinkan diriku untuk memohon kemaafan
Atas pertuturanku yang tidak terjaga
janji yang sering terabai
Hati yang kadang kala berprasangka
dan sikap yang pernah menyakitkan...




| ()"*"()
| ( 'o', )
|(, , )=(, , )
||==================||
*....... SeLaMaT .......*
*...... MeNYaMBuT ......*
*....... RaMaDhaN .......*
*...... Al-MuBaRaK ......*
*....... _***_ .......*
||==================||
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(, , )=(, , )
||==================||
*.. RaMaDhAn aWaLnYa aDaLaH RaHmAt
*.. tEnGaHNyA aDaLaH MaGhFiRaH
*.. PeNgHuJuNgNyA aDaLaH
*.. pEmbEbAsAn DaRi aPi nErAkA
*......... _***_ .........*
||==================||
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(, , )=(, , )
||==================||
*.... SeMoga RamAdHan kALi iNi ....*
*.. mEmBeRi 1001 RaHmaT & KeBerKatan ..*
*........... InsYaALLAH ...........*
*........... SaLaM ..........*
*....... dari Rizlynd.......*
*.......... _***_ ..........*
||==================||
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(, , )=(, ,)
||==================||
*.... RiBuan KeMaAfan ....*
*.... AnDai Ada SaLah ....*
*.... & SiLaP ....*
*... _*_ ...*♥

Sunday, September 6, 2009

kata 2 mengenai kesedihan

Tanpa kesedihan kita tidak akan mengerti erti kebahagiaan. Justeru itu, kesedihan akan membuat kita bangkit untuk meraih kebahagiaan.
Apabila kita dilanda kesedihan, berhentilah dari melayani perasaan dan fikiran jika kita ingin terlepas dari belenggu penderitaan hidup.
Bersikap lemah dan bersedih hati apabila mendapat dugaan dari Allah bukanlah ciri orang-orang yang diangkat darjatnya oleh Allah.
Sibukkanlah diri dalam ibadah, mudah-mudahan ianya akan menjadi ubat yang mujarab bagi seseorang yang ingin bangkit dari kesedihan yang berpanjangan.
Terlalu lama tenggelam dalam kesedihan akan menambah penderitaan dan memberi peluang kepada syaitan untuk datang dengan bisikan-bisikan mendayu.

diambil daripada adibah...
:-)

Saturday, September 5, 2009

bidadari-munif ahmad

Bidadari, bidadari
Temanilah resahku
Bidadari, bidadari
Tenangkanlah jiwaku

Sumpah setia hidup mati
Selamanya
Kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari, bidadari
Jadilah pedampingku
Bidadari, bidadari
Jadilah sang setia

Kerna cinta cinta suci
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga

Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan saat ku jatuh
Bangun semula

Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita cinta abadi hanya di syurga

doa minta jodoh

allahumma anta khaliqu kulli nafsin wajaa'ilu kullin minha zaujuhaa fahab lil zaujan shalihaa....

maksudnye:
ya ALLAH ya tuhan kami, Engkau pencipta setiap jiwa dan Engkaulah yang menjadikan setiap jiwa itu pasangannya/jodohnya, maka berikanlah kepada kami jodoh(suami/isteri) yang soleh...

hehehhe..
amal2kanlah yea:-)

Khas untukmu...

Entahkan mengapa, biar ringkas bicara nya, seribu kesan di hati..
"Assalamualaikum," sana.
"Wa'alaikumussalam. Ada apa?" sini.
"Terasa macam nak cakap dengan seseorang," sana.
"Fasal apa?" sini.
"Sibuk ke? sana.
"Agak," sini.
"Ok," sana.
"Allah ada," sini.
"Tahu," sana.
"Allahlah tempat mengadu," sini.
"Ya baik," sana.
"Bangun. Malam ni. Jom sama," sini.
Senyap. Ada tangis di situ.
"Kan bagus kalau ade di sini," sana.
"Tak bagus pun," sini.
"Kenapa?" sana.
"Orang kata ukhuwah tu lebih manis bila jauh," sini.
"Bila dekat asyik nak gaduh," sana. Tergelak dalam sebak.
"Rindu sebenarnya," sini.
"Kenapa tak cakap?" sana.
"Saje. Nak didik sabar. Ada ujian yang jauh lebih besar tak lama lagi," sini.
Sana senyap.
Sini senyap.
Dan titis itu tumpah juga. Berjuraian.

Terpulang pada shbt sekalian untuk mentafsirnya..
moga hati tak berbelah bahagi, Allah lah pemilik hati ini..ameen~

Ambil Masa..

AMBIL MASA...



- Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.



- Ambillah waktu untuk bermain,itu adalah rahsia dari masa

muda yang abadi.



- Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah

sumber ketenangan.



- Ambillah waktu untuk belajar,itu adalah

sumber kebijaksanaan.



- Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai.itu adalah

hak istimewa yang diberikan oleh Allah.



- Ambillah waktu untuk bersahabat,itu adalah

jalan menuju kebahagiaan.



-Ambillah waktu untuk tertawa,itu adalah

muzik yang menggetarkan hati.



- Ambillah waktu untuk memberi,itu adalah membuat hidup

terasa bererti.



- Ambillah waktu untuk bekerja,itu adalah

nilai keberhasilan...



BERILAH DIRI KITA SEDIKIT MASA...

my lil kazen..:-)

Friday, September 4, 2009

Kerinduan...

urm..
hari ni ntah kenapa asyik terigt pada si dy..
masa balik ari 2, juz dapat jumpa kejap je..
2pn ari 1st balik..
then xjumpa da..
huhu

rindu betul kt keletah dy..
huhuu.
manja n kadang2 mengada lebih2..
hehehhe

tapi 2 la orang yang paling manja ngan aku..
hehehe

xpe,raye nti aku bleh jumpa dy jugak..
dapatlah aku sakat dy nti..
hehhe

adik wan nur nabila@biela..
hehhe
2 la adik sepupu aku:-)

comey sgt..
nti aku upload gambar dy..
hehhe

Raihan- Tuhanku

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu

Bilakah diri ini kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi ku ingat petang ku alpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba cintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula

Kau Pengasih Kau Penyayang Kau Pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau pada ku

Tuhan diri ini tidak layak ke syurga Mu
Tapi tidak pula aku sanggup ke neraka Mu

Ku takut kepadaMu
Ku harap jua padaMu
Moga ku kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

4 Lilin

Ada 4 Lilin menyala, sedikit demi sedikit abis meleleh.Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.
Yg pertama berkata :
"Aku adalah Damai, namun manusia x mempu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku shj."
demikianlah sedikit demi sdikit sang Lilin padam.
Yg kedua berkata :
"aku adalah Iman, syg!aku x bguna lg. manusia x mahu mgenalku, utk itu tiada gunanya aku ttp menyala."
bgitu selesai bbcara tiupan angin memadamkanya.
dgn sedih giliran yg ke 3 berbicara :
" aku adalah Cinta, x mampu lg aku ttp myala,mnusia x lg memandangku & mngagapku berguna, mreka saling membenci, bahkan membenci mrk yg mencintainya(keluarga).
tanpa menungu waktu lama, maka matilah Lilin ke 3.
Tanpa terduga..
seorg anak msk kedalam kamar & melihat ketiga Lilin telah Padam. krn tkt akn kgelapan, ia berkata:
"erkh apa yg terjadi? kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan"
lalu anak itu menangis tersedu2.
dengan terharu Lilin keempat berkata:
"jgn tkt ! jgnlah menangis ! selama aku msh ada & menyala, kita ttp dpt menyalakan Lilin yg lain. AKulah HARAPAN."
Dgn mata yg bersinar, sang anak mengambil Lilin harapan lalu menyalakan kembali ke3 Lilin lainnya.

APA YG TIDAK PERNAH MATI ADALAH HARAPAN YG ADA DLM HATI KITA & MOGA MASING2 KITA DPT MENCARI ALAT SPT SANG ANAK TERSEBUT YG DLM SITUASI APAPUN DPT MENGHIDUPKAN IMAN, DAMAI & CINTA DGN HARAPANNYA

diambil daripada artikel sahabat...hehehe


sori siti isma...
cilok awak pnya artikel..
jgn mare eh:-)

Thursday, September 3, 2009

sifat neraka jahanam

Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga
ditanya:"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya:"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai"

cinta.... :-)

Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Monday, August 31, 2009

kehilangan...

setiap orang pasti pernah merasa kehilangan dalam mengharungi kehidupan ini..
tidak dinafikan aku sendiri pernah kehilangan insan yang tersayang dan terpenting dalam hidup ini..
namun aku mengerti bahawa setiap insan didunia ini akan menghadapi kematian kerana kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita perlulah bersedia untuk menghadapi kematian samada kematian sendiri atau kematian insan tersayang..

kehilangan sesuatu yang amat sukar untuk dihadapi..
umar al khattab sendiri sukar untuk menerima berita kematian rasullulah dan memberi amaran kepada sesiapa yang mengatakan bahawa rasullulah teklah meninggal akan dihukumnya dengan pedang yang berada ditangannya..

kita sendiri tentu sukar untuk menerima kehilangan orang yang tersayang..
ia mungkin mengambil masa berhari-hari, berbulan, dan mungkin juga berpuluh tahun untuk menerima kehilangan..
namun yang pasti kita kena teruskan juga kehidupan walaupun kehilangan orang yang tersayang..

menerima sesuatu dengan redha merupakan perkara yang sepatutnya apabila menerima sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh ALLAH..
pernah juga aku memepersoalkan takdir yang aku alami, namun kini aku sedar segala takdir yang telah ALLAH tetapkan merupakan takdir yang terbaik untuk setiap hambaNYA...

kehilangan yang dihadapi akan memebuatkan kita kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan dunia yang fana ini..
yakinlah bahawa setiap kejadian yang berlaku ada hikmah yang tersendiri dimana kita xdapat melihatnya serta merta..
ia mungkin berlaku setelah beberapa lama..
yang pasti hikmah itu tetap ada..

kehilangan amat pedih..
hadapinya dengan hati yang tabah dan redha..
ketahuilah bahawa ALLAH bersama hamba2NYA yang sabar dan redha..
semoga ALLAH bersama kalian sentiasa....
:-)

Sunday, August 30, 2009

aurat?????

Persoalan penutupan aurat wanita dipandang remeh oleh sebilangan besar masyarakat kita.Kononnya masalah penutupan aurat adalah hak induvidu .Tebal atau nipis iman di dada bukan terletak pada gaya atau fesyen pakaiannya.



Betulkah dan bagaimanakah pula seriusnya masalah pendedahan aurat dalam media massa sehingga menimbulkan kacau-bilau dan simpang -siur di dalam gaya kehidupan kita? Mentaliti juga sangat dipengaruhi oleh persoalan pendedahan aurat rupa-rupanya.

Kebimbangan hari ini tidak terhenti kepada persoalan aurat semata-mata malah menular kepada isu implikasinya yang mengundang kepada kemungkaran seksual, pembuangan bayi, penderaan dan pelakuan zina dalam masyarakat yang mengakui dirinya Islam.

Perkembangan media massa kini yang pada asalnya merupakan elemen penyebaran maklumat kian tersingkir dengan memperlihatkan kepada kita seolah-olah ia medan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Di sinilah bermulanya unsur yang mendesak kepada saingan untuk mengeksploitasikan aurat wanita sebagai umpan paling laris lagi mujarab.

Bermulanya dengan majalah hiburan yang boleh dikatakan 100% terlibat dalam eksploitasi kaum hawa seperti URTV, Hai, sehinggalah kepada majalah-majalah komik Mangga , Syok dan Remaja malah dalam keadaan tertentu penerbitan bacaan ilmiah dan berunsur maklumat juga tidak melepaskan peluang untuk menggunakan umpama pelaris seperti Jelita, Wanita, Dewan Siswa dan Dewan Masyrakat. Ini belum dikira lagi majalah -majalah yang kian membanjiri pasaran tempatan hari ini, yang sengaja diimport dari luar.

Dalam konteks ini, timbul persoalan tentang hukum kerjaya wanita dalam media massa terutama sebagai model iklan atau cover girl yang menjadi kegilaan remaja islam masa kini. Prof.Dr Shalaby menggariskan tentang maksud wanita berkerjaya dalam Islam sebagai mereka yang berkerja di luar rumah dengan menyebut beberapa pra syarat yang perlu diikuti iaitu:-
* Boleh menutup aurat dengan kebenaran tanpa ada paksaan untuk membukanya
* Tidak menjerumuskan ke arah pergaulan bebas antara pekerja lelaki dan wanita
* Tidak memerlukan pergerakkan agresif yang menampakkan rasa ghairah golongan lelaki melihatnya (bagaimana dengan aktiviti PKN??)
* Tidak menimbulkan fitnah seperti menarik perhatian atau rasa ghairah lelaki
* Kerjaya itu mestilah bukan jawatan tertinggi pemutus(decision maker/decesive leader)yang dikhususkan untuk golongan leleki

Ini bertepatanlah dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah:-
"Aku tidak meninggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih besar bahayanya bagi kaum lelaki selain wanita". (muttafaqun A'laihi)

Sebagai rumusan, kita boleh menyimpulkan faktor berlakunya pengeksplotasikan aurat wanita hari ini sebagai:
* Penglibatan wanita dengan kerelaan yang tidak menyedari senario. Pengeksplotasikan ini sebagai satu bentuk penghinaan kepada mereka. Ini berlaku hasil daripada gagalnya panduan suasana persekitaraan dan sistem pendidikan mereka
* Pihak penerbitan yang mengambil kesempatan atas kelemahan wanita dan undang-undang
* Kerajaan dan undang-undang yang tidak ada usaha ke arah membendung gejala eksplotasi aurat wanita secara serius malah kadangkala sebagai faktor penggalak.
* Masyarakat yang turut sama memberi sokongan secara langsung atau tidak

Untuk itu, sistem perundangan negara ini, khususnya Akta Media Cetak dan Elektronik perlu diislamisasikan dengan kadar segera. Kesucian agama hendaklah diutamakan meskipun tidak mendatangkan banyak keuntungan yang berbentuk duniawi kemudian hendaklah isu ini dapat diatasi dan dibendung.....

Wanita Seri Pemuda, Mulia Agunglah Pemuda, Hina Wanita Rosaklah Pemuda, Rosak Pemuda Binasalah Negara

Wallahua'lam

Friday, August 28, 2009

Cermin diri
1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.
10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

:-)

Thursday, August 27, 2009

Assalamu'alaikum.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkan nya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.





Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata
dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah
ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur
Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang
menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah
yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata
Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut
datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak
ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas
langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah
dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para
malaikat telah menanti ruhmu".

"Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.Tapi
itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh
kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir,
wahai Rasul Allah", aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:

"Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada
didalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan
ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah
peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul
maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau
melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada
Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih
Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar
Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya
Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku". Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan
dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak
membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku"
"peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah diantaramu".

Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling
berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali
mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
" Ummatii,ummatii,ummatiii? " - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini,
mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa
baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Tuesday, August 25, 2009

Tentang Sesuatu

YA ALLAH,
aku merindui senda guraunya...
aku merindui tindak tanduknya..
aku merindui kasih sayngnya...
aku merindui sokongan yang diberikan kepada ku..

YA ALLAH,
sesungguhnya aku amat merinduinya,
ingin aku aterus bersamanya,
namun,
ENGKAU telah tetapkan bahawa dia akan pulang untuk menemui MU,

YA ALLAH,
aku merasai kehilangannya,
aku terasa kehilangan yang amat sangat,
tapi aku mengerti bahawa dia telah tiada...

sebenarnya hati ini amat menyayanginya...
aku doakan semoga dia sentiasa aman damai disana,
dan semoga dia berada di kalangan orang yang KAU kasihi...
dan harapan ku moga dia beroleh keredhaanMU dan berada di bawah lindunganMU...

YA ALLAH,
kau tabahkanlah hati ini untuk menerima segala ketentuanMU dengan redha,
semoga aku dapat bertemunya dan bersamanya kembali di alam sana...
moga kau makbulkan doa hambamu ini..
amin YA RABBUL IZZATI..
50 langkah menuju kesempurnaan iman.


1.Bersyukur apabila mendapat nikmat;
2.Bersabar apabila mendapat kesulitan;
3.Bertawakal apabila mempunyai rancangan/program;
4.Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
5.Jangan membiarkan hati tenggelam dalam kesedihan;
6.Jangan menyesal ke atas sesuatu kegagalan;
7.Jangan berputus asa dalam menghadapi kesulitan;
8.Jangan bersusah hati dengan kekayaan orang;
9.Jangan hasad dan iri hati ke atas kejayaan orang;
10.Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
11.Jangan tamak kepada harta;
12.Jangan terlalu bercita2 tinggi kepada sesuatu kedudukan;
13.Jangan hancur kerana kezaliman;
14.Jangan goyah kerana fitnah;
15.Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;
16.Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17.Jangan sakiti perasaan ayah dan ibu;
18.Jangan usir orang yang meminta-minta;
19.Jangan sakiti anak yatim;
20.Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21.Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22.Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23.Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24.Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah dan di masjid;
25.Biasakan solat malam;
26.Perbanyakkan berzikir dan berdoa kepada Allah;
27.Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28.Sayangi dan hormat fakir miskin;
29.Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30.Jangan marah berlebih-lebihan;
31.Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32.Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
33.Berlatihlah memusatkan pemikiran;
34.Penuhi janji apabila telah dilafazkan dan mintalah maaf apabila ada sesuatu sebab yang menghalang;
35.Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan syaitan dan iblis;
36.Jangan percaya ramalan manusia;
37.Jangan terlampau takut miskin;
38.Hormatilah setiap orang;
39.Jangan terlampau takut kepada manusia;
40.Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41.Hormatilah jiran tetangga.
42.Berlakulah adil dalam segala urusan;
43.Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44.Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
45.Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
46.Perbanyakkan silaturahim;
47.Tutup aurat menurut suruhan Islam;
48.Bicaralah secukupnya;
49.Berkahwinlah kalau sudah siap segala-galanya;
50.Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
20 MUHASABAH HARIAN
ADAKAH ANDA…

1. Beristighfar/bertasbih setiap hari
2. Berzikir mengingati Allah
3. Sembahyang 5 waktu
4. Berpuasa sunat
5. Mengerjakan solat-solat sunat
6. Berselawat kepada Rasulullah
7. Bersyukur di atas nikmat Allah
8. Bertawakkal/berserah kepada Allah dalam setiap urusan
9. Memaafkan kesalahan orang lain
10. Menghubung silaturrahim
11. Memberi nasihat yang baik kepada manusia
12. Mendengar peringatan tentang agama yang baik untuk diri
13. Menziarahi orang sakit/miskin
14. Menziarahi kubur untuk mengambil iktibar
15. Bersedekah/menafkah harta pada jalan yang benar
16. Mencegah kemungkaran bila melihatnya
17. Sentiasa berfikir dan bertindak kearah kebaikan
18. Sentiasa mengingati maut yang anda pasti menemuinya
19. Menyebarkan salam dan menebarkan kasih sayang kepada semua manusia
20. Seorang yang sabar dan redha dengan ketetapan Allah..

semoga kita sentiasa berada dalam rahmatNYA :-)

Monday, August 24, 2009

Kemarahan VS Kesabaran

benda ini sering terjadi kepada semua kan..
huhuhu..aku sendiri sering mengalami perkara ini...
seringkali aku hilang sabar dan marah2 walaupun hanya perkara yang remeh dan kecil sahaja...

seringkali aku gagal untuk mengawal kemarahan aku..
ini memang kelemahan aku..
hehehe..
tapi sebagai seorang yang dewasa,sepatutnya aku tahu untuk mengawal kemarahan aku kn..
nafsu amarah merupakan nafsu yang paling keji...
jadi sebagai mukmin aku kena pandai mengawal perasaan marah aku agar aku tidak melakukan perkara2 yang tidak betul..
huhuhuhu..

kesabaran merupakan sifat yang sepatutnya dipunyai oleh setiap orang..
melalui kesabaran, kita dapat mendidik hati kita untuk menghadapi segalanya dengan tenang dan terima segala ape yang berlaku dengan redha dan percaya bahawa setiap benda yang berlaku ada hikmahnya..

YA ALLAH, kurniakan kami kesabaran sepertimana kesabaran yang dipunyai oleh Nabi Muhammad dan semoga ENGKAU membantu kami dalam mengawal kemarahan kami.. YA ALLAH hanya kepada ENGKAU kami bergantung dan berdoa..makbulkanlah permintaan kami YA ALLAH.. amin YA RABBAL ALAMIN

4 renungan

Wasiat dari baginda tercinta Rasulullah SAW:
" Wanita itu perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"

Kata Hukama' pula:

"Wanita itu tiang negara. Baik mereka baiklah negara, binasa mereka binasalah negara"


Itulah sedikit ungkapan hikmat buat pedoman yg membuktikan kepada kita bahawa muslimah bukan sembarangan tetapi muslimah yg penuh dgn peranan agar Islam terus berkembang..di sini disajikan sedikit kudapan buat jiwa "muslimah harapan" utk terus membentuk akhlak muslimah idaman Islam...

KEBAIKAN ITU TERHIMPUN DALAM 4 PERKARA IAITU:

1. PERCAKAPAN
2. DIAM
3. PANDANGAN
4.GERAK GERI

TIAP-TIAP PERCAKAPAN YANG TIDAK DISERTAI DGN MENGINGATI ALLAH ADALAH SIA-SIA

TIAP-TIAP DIAM YANG TIDAK DISERTAI DGN MEMIKIRKAN KEBESARAN ALLAH ITU ADALAH LEKA

TIAP-TIAP PANDANGAN YG TIDAK DISERTAI DGN MENGAMBIL IKTIBAR ADALAH LALAI

TIAP-TIAP GERAK GERI YG TIDAK DISERTAI DGN PERHAMBAAN KPD ALLAH ADALAH TIDAK BERERTI DAN SIA-SIA

MAKA..OLEH ITU MUSLIMAH HARAPAN ISLAM SEKALIAN.. JADIKANLAH SETIAP..:

* PERCAKAPAN ITU SEBAGAI ZIKIR
* DIAM ITU SEBAGAI TAFAKUR
* PANDANGAN ITU SEBAGAI IKTIBAR
* GERAK GERI ITU SEBAGAI TANDA PERHAMBAAN...

Sunday, August 23, 2009

jodoh pertemuan....

assalamualaikum..
erm, nk berbicara mengenai jodoh pertemuan pulak..
hehehhe..
jodoh merupakan sesuatu yang telah ditetapkan okleh ALLAH SWT sejak azali lagi..
jodoh mestilah dicari dan jangan hanya mengharap sahaja..
namun janganlah dalam mencari jodoh, kita terus melupakan tujuan hidup kita di dunia yang fana dan sekejap ini..
sekiranya gagal dalam mencari jodoh, janganlah kamu berputus asa kerana jodoh kamu telah ditentukan...
yakinlah pada DIA dan percayalah akan kekuasaaNYA..
semua insan pasti mahukan pasangan yang soleh dan solehah...
untuk memperoleh pasangan yang sedemikian rupa, kita sepatutnya menjadi soleh dan solehah dahulu...
di dalam al-quran telah dinyatakn bahawa perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat...
semoga bertemu dengan pasangan yang dikehendaki dan yang mampu membawa ke arah mengingati ALLAH lebih2 lagi..

sekian sahaja nukilanku..
hehehe..
salam :-)

Amalan sebelum tido..

ermm
juz nak berkongsi sedikit amalan2 yang aku tahu yang sering dilakukan sebelum seseorang itu tido...
antaranya...

1st sekali membaca subhanallah sebanyak 33 kali, alhamdullilah 33 kali n allahuakbar 34 kali..
kelebihan baca zikir ini adalah dipermudahkan untuk bangun pagi..

2nd, membaca 4 qul sebelum tido..apabila 4 qul dibaca sebelum tido, ia seolah2 telah memebri kita pahala membaca seluruh al-quran...

3rd, membaca ayatulkursi...jika kita membaca sekali ayatulkursi, ALLAH akan menghantar 2 malaikat untuk menjaga kita sampai pagi...jika kita membaca 2 kali ayatulkursi, ALLAH akan menghantar malaikat untuk menjaga kita dan keluarga kita..
apatah lagi jika kita membaca ayatulkursi sebanyak 3 kali, dimana ALLAH akan menghantar malaikat bagi menjaga dan melindungi kita serta seluruh kampung sampai pagi.....

4th, memaafkan segala kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan oleh sesiapa kepada kita n halalkan segala hutang piutang orang yang berhutang dengan kita kerana jika kita meninggal dalam tido, segala hutang piutang tersebut telah dihalalkan dan memudahkan kita semasa berada di hari penghisaban kelak...

5th, banyakkan mengucap astaghfirullah hal azim dan menginsafi segala kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan terhadap makhluk ALLAH dan terhadap ALLAH sendiri...

jika sahabat mempunyai amalan tambahan, sudi2kanlah untuk berkongsi bersama ea...syukran:-)

Saturday, August 22, 2009

1st day puasa...

alhamdullilah dapat jugak aku bangun untuk bersahur..
hehehehe....
pagi nie aku ade klas sampai kul 3...
dapat lupakan ckit tentang hari pertama puasa n mungkin xkan terasa...
insyaALLAH dengan peluang yang telah diberikan kepada kita semua untuk melalui ramadan ini...
kita patut menghargainya dengan penuh kesyukuran dan sama2lah kita tingkatkan amalan2 di bulan yang paling istimewa ini:-)

Friday, August 21, 2009

Kegembiraan untuk yang beriman

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa mati dalam keadaan itu (percaya dan berikrar dengan dua kalimah syahadah), mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan berpuasa di bulan Ramadhan, dia bersama dengan nabi-nabi, siddiqin dan syuhada' pada hari qiamat nanti dalam keadaan begini...(sambil menunjukkan dua jarinya yang didempekkan, menjelaskan hampirnya hubungan orang yang berkenaan dengan mereka itu) selagi dia tidak mendurhakai kedua ibu bapanya".

Jika dia mendurhakai kedua ibu bapanya dia tidak mencapai martabat ini. Jika berbuat demikian dia mesti minta ampun dengan kedua ibu bapanya. Jika kedua ibu bapanya meninggal dunia, dia mesti beristighfar untuk kedua ibu bapanya dan berbuat baik dengan kawan-kawan mereka. At-Tirmizi meriwayatkan dari Abu Said, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Peniaga yang benar dan amanah bersama-sama dengan nabi-nabi, siddiqin dan syuhada' pada hari qiamat."

Ini adalah kelebihan dan pahala yang diberikan kepada peniaga yang jujur dalam perniagaannya. Bukan bererti peniaga yang jujur menanggung kerugian. Mereka juga memperolehi keuntungan bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat kelak.Disebut di dalam kitab-kitab hadith bahawa Rasulullah s.a.w. telah ditanya oleh seorang sahabat. Bagaimanakah kelebihan diperolehi jika seseorang itu kasih kepada sesuatu kaum, padahal dia tidak pernah berjumpa dengannya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Seseorang itu bersama dengan orang yang dia kasih."

Jika kasihnya ditumpahkan kepada orang yang jahat, syaitan, dan taghut ia bersama dengan mereka dan begitulah sebaliknya jika dia kasih kepada Rasulullah s.a.w. dan pengikutnya dia akan bersama dengan mereka.Allah menyebut di dalam al-Quran dengan firman-Nya yang bermaksud:
"Terdapat di kalangan manusia orang-orang yang mengadakan tuhan-tuhan yang lain dari Allah dan kasih kepada tuhan-tuhan itu sebagaimana dia kasih kepada Allah. Dan orang-orang yang beriman itu sangat kasih kepada Allah." (Surah al-Baqarah: 165)

Apabila disebut hadith yang bermaksud:
"Seseorang itu bersama dengan orang yang dikasihi,"
Anas bin Malik berkata hadith ini menggembirakan orang-orang yang beriman.

Tafsir Al Quran
Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tafsir Surah An-Nisa' ayat 67

Pengenalan..

assamualaikum...
nama yang telah diberikan oleh kedua ibubapa ku adlah mohd khairi..
pernah bersekolah di sekolah kebangsaan kok lanas, kemudia aku ditukarkan ke sekolah kebangsaan kampong chengal..di situ aku berkenalan dengan ramai kawan2 yang satu kepala ngan aku..
huhuhu..
banyak kenangan manis aku ketika berada disana..
setelah tamat darjah 6 n keputusan upsr diumumkan...aku kemudia bersekolah di sekolah stmfp tetapi xlama kemudian aku bertukar sekolah ke sekolah smka melor...
di sekolah tersebut, aku memperoleh banyak pengalaman yang berharga dan membuatkan aku supaya menghargai diri dan jangan berputus asa..
setelah habis form 5, aku kemudian melanjutkan pelajaran ke kolej matrikulasi negeri sembilan...
tapi, keputusan aku semasa di matrik xseberapa baik dan aku hanya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di universiti malaysia terengganu dalam bidang fizik elektronik...
kerana merasakan aku xminat sangat dengan fizik membuatkan aku memilih untuk sambung belajar di kolej pembantu perubtan ulu kinta yang tawarannya hadir bersama tawaran ke UMT...
sekarang aku baru berada di semester 3 di kolej pembantu perubatan ulu kinta..

INFINITI