assalamualaikum

salam pengenalan buat semua...
terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang xseberapa nie...
leave ur comment k..
n klu ada ilmu yang lebih, kongsi2 dengan saya ea..
thanks...
jazakallah

Tuesday, August 25, 2009

50 langkah menuju kesempurnaan iman.


1.Bersyukur apabila mendapat nikmat;
2.Bersabar apabila mendapat kesulitan;
3.Bertawakal apabila mempunyai rancangan/program;
4.Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
5.Jangan membiarkan hati tenggelam dalam kesedihan;
6.Jangan menyesal ke atas sesuatu kegagalan;
7.Jangan berputus asa dalam menghadapi kesulitan;
8.Jangan bersusah hati dengan kekayaan orang;
9.Jangan hasad dan iri hati ke atas kejayaan orang;
10.Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
11.Jangan tamak kepada harta;
12.Jangan terlalu bercita2 tinggi kepada sesuatu kedudukan;
13.Jangan hancur kerana kezaliman;
14.Jangan goyah kerana fitnah;
15.Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;
16.Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17.Jangan sakiti perasaan ayah dan ibu;
18.Jangan usir orang yang meminta-minta;
19.Jangan sakiti anak yatim;
20.Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21.Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22.Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23.Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24.Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah dan di masjid;
25.Biasakan solat malam;
26.Perbanyakkan berzikir dan berdoa kepada Allah;
27.Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28.Sayangi dan hormat fakir miskin;
29.Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30.Jangan marah berlebih-lebihan;
31.Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32.Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
33.Berlatihlah memusatkan pemikiran;
34.Penuhi janji apabila telah dilafazkan dan mintalah maaf apabila ada sesuatu sebab yang menghalang;
35.Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan syaitan dan iblis;
36.Jangan percaya ramalan manusia;
37.Jangan terlampau takut miskin;
38.Hormatilah setiap orang;
39.Jangan terlampau takut kepada manusia;
40.Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41.Hormatilah jiran tetangga.
42.Berlakulah adil dalam segala urusan;
43.Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44.Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
45.Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
46.Perbanyakkan silaturahim;
47.Tutup aurat menurut suruhan Islam;
48.Bicaralah secukupnya;
49.Berkahwinlah kalau sudah siap segala-galanya;
50.Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

No comments:

Post a Comment

INFINITI