assalamualaikum

salam pengenalan buat semua...
terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang xseberapa nie...
leave ur comment k..
n klu ada ilmu yang lebih, kongsi2 dengan saya ea..
thanks...
jazakallah

Monday, August 31, 2009

kehilangan...

setiap orang pasti pernah merasa kehilangan dalam mengharungi kehidupan ini..
tidak dinafikan aku sendiri pernah kehilangan insan yang tersayang dan terpenting dalam hidup ini..
namun aku mengerti bahawa setiap insan didunia ini akan menghadapi kematian kerana kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita perlulah bersedia untuk menghadapi kematian samada kematian sendiri atau kematian insan tersayang..

kehilangan sesuatu yang amat sukar untuk dihadapi..
umar al khattab sendiri sukar untuk menerima berita kematian rasullulah dan memberi amaran kepada sesiapa yang mengatakan bahawa rasullulah teklah meninggal akan dihukumnya dengan pedang yang berada ditangannya..

kita sendiri tentu sukar untuk menerima kehilangan orang yang tersayang..
ia mungkin mengambil masa berhari-hari, berbulan, dan mungkin juga berpuluh tahun untuk menerima kehilangan..
namun yang pasti kita kena teruskan juga kehidupan walaupun kehilangan orang yang tersayang..

menerima sesuatu dengan redha merupakan perkara yang sepatutnya apabila menerima sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh ALLAH..
pernah juga aku memepersoalkan takdir yang aku alami, namun kini aku sedar segala takdir yang telah ALLAH tetapkan merupakan takdir yang terbaik untuk setiap hambaNYA...

kehilangan yang dihadapi akan memebuatkan kita kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan dunia yang fana ini..
yakinlah bahawa setiap kejadian yang berlaku ada hikmah yang tersendiri dimana kita xdapat melihatnya serta merta..
ia mungkin berlaku setelah beberapa lama..
yang pasti hikmah itu tetap ada..

kehilangan amat pedih..
hadapinya dengan hati yang tabah dan redha..
ketahuilah bahawa ALLAH bersama hamba2NYA yang sabar dan redha..
semoga ALLAH bersama kalian sentiasa....
:-)

No comments:

Post a Comment

INFINITI