setiap orang pasti pernah merasa kehilangan dalam mengharungi kehidupan ini..
tidak dinafikan aku sendiri pernah kehilangan insan yang tersayang dan terpenting dalam hidup ini..
namun aku mengerti bahawa setiap insan didunia ini akan menghadapi kematian kerana kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita perlulah bersedia untuk menghadapi kematian samada kematian sendiri atau kematian insan tersayang..
kehilangan sesuatu yang amat sukar untuk dihadapi..
umar al khattab sendiri sukar untuk menerima berita kematian rasullulah dan memberi amaran kepada sesiapa yang mengatakan bahawa rasullulah teklah meninggal akan dihukumnya dengan pedang yang berada ditangannya..
kita sendiri tentu sukar untuk menerima kehilangan orang yang tersayang..
ia mungkin mengambil masa berhari-hari, berbulan, dan mungkin juga berpuluh tahun untuk menerima kehilangan..
namun yang pasti kita kena teruskan juga kehidupan walaupun kehilangan orang yang tersayang..
menerima sesuatu dengan redha merupakan perkara yang sepatutnya apabila menerima sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh ALLAH..
pernah juga aku memepersoalkan takdir yang aku alami, namun kini aku sedar segala takdir yang telah ALLAH tetapkan merupakan takdir yang terbaik untuk setiap hambaNYA...
kehilangan yang dihadapi akan memebuatkan kita kuat dan tabah dalam mengharungi kehidupan dunia yang fana ini..
yakinlah bahawa setiap kejadian yang berlaku ada hikmah yang tersendiri dimana kita xdapat melihatnya serta merta..
ia mungkin berlaku setelah beberapa lama..
yang pasti hikmah itu tetap ada..
kehilangan amat pedih..
hadapinya dengan hati yang tabah dan redha..
ketahuilah bahawa ALLAH bersama hamba2NYA yang sabar dan redha..
semoga ALLAH bersama kalian sentiasa....
:-)
assalamualaikum
salam pengenalan buat semua...
terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang xseberapa nie...
leave ur comment k..
n klu ada ilmu yang lebih, kongsi2 dengan saya ea..
thanks...
jazakallah

Monday, August 31, 2009
Sunday, August 30, 2009
aurat?????
Persoalan penutupan aurat wanita dipandang remeh oleh sebilangan besar masyarakat kita.Kononnya masalah penutupan aurat adalah hak induvidu .Tebal atau nipis iman di dada bukan terletak pada gaya atau fesyen pakaiannya.
Betulkah dan bagaimanakah pula seriusnya masalah pendedahan aurat dalam media massa sehingga menimbulkan kacau-bilau dan simpang -siur di dalam gaya kehidupan kita? Mentaliti juga sangat dipengaruhi oleh persoalan pendedahan aurat rupa-rupanya.
Kebimbangan hari ini tidak terhenti kepada persoalan aurat semata-mata malah menular kepada isu implikasinya yang mengundang kepada kemungkaran seksual, pembuangan bayi, penderaan dan pelakuan zina dalam masyarakat yang mengakui dirinya Islam.
Perkembangan media massa kini yang pada asalnya merupakan elemen penyebaran maklumat kian tersingkir dengan memperlihatkan kepada kita seolah-olah ia medan untuk mengaut keuntungan semata-mata. Di sinilah bermulanya unsur yang mendesak kepada saingan untuk mengeksploitasikan aurat wanita sebagai umpan paling laris lagi mujarab.
Bermulanya dengan majalah hiburan yang boleh dikatakan 100% terlibat dalam eksploitasi kaum hawa seperti URTV, Hai, sehinggalah kepada majalah-majalah komik Mangga , Syok dan Remaja malah dalam keadaan tertentu penerbitan bacaan ilmiah dan berunsur maklumat juga tidak melepaskan peluang untuk menggunakan umpama pelaris seperti Jelita, Wanita, Dewan Siswa dan Dewan Masyrakat. Ini belum dikira lagi majalah -majalah yang kian membanjiri pasaran tempatan hari ini, yang sengaja diimport dari luar.
Dalam konteks ini, timbul persoalan tentang hukum kerjaya wanita dalam media massa terutama sebagai model iklan atau cover girl yang menjadi kegilaan remaja islam masa kini. Prof.Dr Shalaby menggariskan tentang maksud wanita berkerjaya dalam Islam sebagai mereka yang berkerja di luar rumah dengan menyebut beberapa pra syarat yang perlu diikuti iaitu:-
* Boleh menutup aurat dengan kebenaran tanpa ada paksaan untuk membukanya
* Tidak menjerumuskan ke arah pergaulan bebas antara pekerja lelaki dan wanita
* Tidak memerlukan pergerakkan agresif yang menampakkan rasa ghairah golongan lelaki melihatnya (bagaimana dengan aktiviti PKN??)
* Tidak menimbulkan fitnah seperti menarik perhatian atau rasa ghairah lelaki
* Kerjaya itu mestilah bukan jawatan tertinggi pemutus(decision maker/decesive leader)yang dikhususkan untuk golongan leleki
Ini bertepatanlah dengan apa yang disabdakan oleh Rasulullah:-
"Aku tidak meninggalkan sesudahku suatu fitnah yang lebih besar bahayanya bagi kaum lelaki selain wanita". (muttafaqun A'laihi)
Sebagai rumusan, kita boleh menyimpulkan faktor berlakunya pengeksplotasikan aurat wanita hari ini sebagai:
* Penglibatan wanita dengan kerelaan yang tidak menyedari senario. Pengeksplotasikan ini sebagai satu bentuk penghinaan kepada mereka. Ini berlaku hasil daripada gagalnya panduan suasana persekitaraan dan sistem pendidikan mereka
* Pihak penerbitan yang mengambil kesempatan atas kelemahan wanita dan undang-undang
* Kerajaan dan undang-undang yang tidak ada usaha ke arah membendung gejala eksplotasi aurat wanita secara serius malah kadangkala sebagai faktor penggalak.
* Masyarakat yang turut sama memberi sokongan secara langsung atau tidak
Untuk itu, sistem perundangan negara ini, khususnya Akta Media Cetak dan Elektronik perlu diislamisasikan dengan kadar segera. Kesucian agama hendaklah diutamakan meskipun tidak mendatangkan banyak keuntungan yang berbentuk duniawi kemudian hendaklah isu ini dapat diatasi dan dibendung.....
Wanita Seri Pemuda, Mulia Agunglah Pemuda, Hina Wanita Rosaklah Pemuda, Rosak Pemuda Binasalah Negara
Wallahua'lam

Friday, August 28, 2009
Cermin diri
1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.
10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan.

Thursday, August 27, 2009
Assalamu'alaikum.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkan nya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata
dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah
ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur
Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang
menggetarkan.
Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah
yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata
Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut
datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak
ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas
langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah
dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para
malaikat telah menanti ruhmu".
"Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.Tapi
itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh
kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir,
wahai Rasul Allah", aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:
"Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada
didalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan
ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah
peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul
maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau
melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada
Malaikat pengantar wahyu itu. "Siapakah yang sanggup, melihat kekasih
Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar
Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya
Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku". Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan
dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak
membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku"
"peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah diantaramu".
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling
berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali
mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
" Ummatii,ummatii,ummatiii? " - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini,
mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa
baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Tuesday, August 25, 2009
Tentang Sesuatu
YA ALLAH,
aku merindui senda guraunya...
aku merindui tindak tanduknya..
aku merindui kasih sayngnya...
aku merindui sokongan yang diberikan kepada ku..
YA ALLAH,
sesungguhnya aku amat merinduinya,
ingin aku aterus bersamanya,
namun,
ENGKAU telah tetapkan bahawa dia akan pulang untuk menemui MU,
YA ALLAH,
aku merasai kehilangannya,
aku terasa kehilangan yang amat sangat,
tapi aku mengerti bahawa dia telah tiada...
sebenarnya hati ini amat menyayanginya...
aku doakan semoga dia sentiasa aman damai disana,
dan semoga dia berada di kalangan orang yang KAU kasihi...
dan harapan ku moga dia beroleh keredhaanMU dan berada di bawah lindunganMU...
YA ALLAH,
kau tabahkanlah hati ini untuk menerima segala ketentuanMU dengan redha,
semoga aku dapat bertemunya dan bersamanya kembali di alam sana...
moga kau makbulkan doa hambamu ini..
amin YA RABBUL IZZATI..

50 langkah menuju kesempurnaan iman.
1.Bersyukur apabila mendapat nikmat;
2.Bersabar apabila mendapat kesulitan;
3.Bertawakal apabila mempunyai rancangan/program;
4.Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
5.Jangan membiarkan hati tenggelam dalam kesedihan;
6.Jangan menyesal ke atas sesuatu kegagalan;
7.Jangan berputus asa dalam menghadapi kesulitan;
8.Jangan bersusah hati dengan kekayaan orang;
9.Jangan hasad dan iri hati ke atas kejayaan orang;
10.Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
11.Jangan tamak kepada harta;
12.Jangan terlalu bercita2 tinggi kepada sesuatu kedudukan;
13.Jangan hancur kerana kezaliman;
14.Jangan goyah kerana fitnah;
15.Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri;
16.Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17.Jangan sakiti perasaan ayah dan ibu;
18.Jangan usir orang yang meminta-minta;
19.Jangan sakiti anak yatim;
20.Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21.Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22.Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23.Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu;
24.Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah dan di masjid;
25.Biasakan solat malam;
26.Perbanyakkan berzikir dan berdoa kepada Allah;
27.Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28.Sayangi dan hormat fakir miskin;
29.Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30.Jangan marah berlebih-lebihan;
31.Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32.Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah;
33.Berlatihlah memusatkan pemikiran;
34.Penuhi janji apabila telah dilafazkan dan mintalah maaf apabila ada sesuatu sebab yang menghalang;
35.Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan syaitan dan iblis;
36.Jangan percaya ramalan manusia;
37.Jangan terlampau takut miskin;
38.Hormatilah setiap orang;
39.Jangan terlampau takut kepada manusia;
40.Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41.Hormatilah jiran tetangga.
42.Berlakulah adil dalam segala urusan;
43.Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44.Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
45.Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
46.Perbanyakkan silaturahim;
47.Tutup aurat menurut suruhan Islam;
48.Bicaralah secukupnya;
49.Berkahwinlah kalau sudah siap segala-galanya;
50.Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;

20 MUHASABAH HARIAN
ADAKAH ANDA…
1. Beristighfar/bertasbih setiap hari
2. Berzikir mengingati Allah
3. Sembahyang 5 waktu
4. Berpuasa sunat
5. Mengerjakan solat-solat sunat
6. Berselawat kepada Rasulullah
7. Bersyukur di atas nikmat Allah
8. Bertawakkal/berserah kepada Allah dalam setiap urusan
9. Memaafkan kesalahan orang lain
10. Menghubung silaturrahim
11. Memberi nasihat yang baik kepada manusia
12. Mendengar peringatan tentang agama yang baik untuk diri
13. Menziarahi orang sakit/miskin
14. Menziarahi kubur untuk mengambil iktibar
15. Bersedekah/menafkah harta pada jalan yang benar
16. Mencegah kemungkaran bila melihatnya
17. Sentiasa berfikir dan bertindak kearah kebaikan
18. Sentiasa mengingati maut yang anda pasti menemuinya
19. Menyebarkan salam dan menebarkan kasih sayang kepada semua manusia
20. Seorang yang sabar dan redha dengan ketetapan Allah..
semoga kita sentiasa berada dalam rahmatNYA :-)

Monday, August 24, 2009
Kemarahan VS Kesabaran
benda ini sering terjadi kepada semua kan..
huhuhu..aku sendiri sering mengalami perkara ini...
seringkali aku hilang sabar dan marah2 walaupun hanya perkara yang remeh dan kecil sahaja...
seringkali aku gagal untuk mengawal kemarahan aku..
ini memang kelemahan aku..
hehehe..
tapi sebagai seorang yang dewasa,sepatutnya aku tahu untuk mengawal kemarahan aku kn..
nafsu amarah merupakan nafsu yang paling keji...
jadi sebagai mukmin aku kena pandai mengawal perasaan marah aku agar aku tidak melakukan perkara2 yang tidak betul..
huhuhuhu..
kesabaran merupakan sifat yang sepatutnya dipunyai oleh setiap orang..
melalui kesabaran, kita dapat mendidik hati kita untuk menghadapi segalanya dengan tenang dan terima segala ape yang berlaku dengan redha dan percaya bahawa setiap benda yang berlaku ada hikmahnya..
YA ALLAH, kurniakan kami kesabaran sepertimana kesabaran yang dipunyai oleh Nabi Muhammad dan semoga ENGKAU membantu kami dalam mengawal kemarahan kami.. YA ALLAH hanya kepada ENGKAU kami bergantung dan berdoa..makbulkanlah permintaan kami YA ALLAH.. amin YA RABBAL ALAMIN

4 renungan
Wasiat dari baginda tercinta Rasulullah SAW:
" Wanita itu perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"
Kata Hukama' pula:
"Wanita itu tiang negara. Baik mereka baiklah negara, binasa mereka binasalah negara"
Itulah sedikit ungkapan hikmat buat pedoman yg membuktikan kepada kita bahawa muslimah bukan sembarangan tetapi muslimah yg penuh dgn peranan agar Islam terus berkembang..di sini disajikan sedikit kudapan buat jiwa "muslimah harapan" utk terus membentuk akhlak muslimah idaman Islam...
KEBAIKAN ITU TERHIMPUN DALAM 4 PERKARA IAITU:
1. PERCAKAPAN
2. DIAM
3. PANDANGAN
4.GERAK GERI
TIAP-TIAP PERCAKAPAN YANG TIDAK DISERTAI DGN MENGINGATI ALLAH ADALAH SIA-SIA
TIAP-TIAP DIAM YANG TIDAK DISERTAI DGN MEMIKIRKAN KEBESARAN ALLAH ITU ADALAH LEKA
TIAP-TIAP PANDANGAN YG TIDAK DISERTAI DGN MENGAMBIL IKTIBAR ADALAH LALAI
TIAP-TIAP GERAK GERI YG TIDAK DISERTAI DGN PERHAMBAAN KPD ALLAH ADALAH TIDAK BERERTI DAN SIA-SIA
MAKA..OLEH ITU MUSLIMAH HARAPAN ISLAM SEKALIAN.. JADIKANLAH SETIAP..:
* PERCAKAPAN ITU SEBAGAI ZIKIR
* DIAM ITU SEBAGAI TAFAKUR
* PANDANGAN ITU SEBAGAI IKTIBAR
* GERAK GERI ITU SEBAGAI TANDA PERHAMBAAN...

Sunday, August 23, 2009
jodoh pertemuan....
assalamualaikum..
erm, nk berbicara mengenai jodoh pertemuan pulak..
hehehhe..
jodoh merupakan sesuatu yang telah ditetapkan okleh ALLAH SWT sejak azali lagi..
jodoh mestilah dicari dan jangan hanya mengharap sahaja..
namun janganlah dalam mencari jodoh, kita terus melupakan tujuan hidup kita di dunia yang fana dan sekejap ini..
sekiranya gagal dalam mencari jodoh, janganlah kamu berputus asa kerana jodoh kamu telah ditentukan...
yakinlah pada DIA dan percayalah akan kekuasaaNYA..
semua insan pasti mahukan pasangan yang soleh dan solehah...
untuk memperoleh pasangan yang sedemikian rupa, kita sepatutnya menjadi soleh dan solehah dahulu...
di dalam al-quran telah dinyatakn bahawa perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat...
semoga bertemu dengan pasangan yang dikehendaki dan yang mampu membawa ke arah mengingati ALLAH lebih2 lagi..
sekian sahaja nukilanku..
hehehe..
salam :-)

Amalan sebelum tido..
ermm
juz nak berkongsi sedikit amalan2 yang aku tahu yang sering dilakukan sebelum seseorang itu tido...
antaranya...
1st sekali membaca subhanallah sebanyak 33 kali, alhamdullilah 33 kali n allahuakbar 34 kali..
kelebihan baca zikir ini adalah dipermudahkan untuk bangun pagi..
2nd, membaca 4 qul sebelum tido..apabila 4 qul dibaca sebelum tido, ia seolah2 telah memebri kita pahala membaca seluruh al-quran...
3rd, membaca ayatulkursi...jika kita membaca sekali ayatulkursi, ALLAH akan menghantar 2 malaikat untuk menjaga kita sampai pagi...jika kita membaca 2 kali ayatulkursi, ALLAH akan menghantar malaikat untuk menjaga kita dan keluarga kita..
apatah lagi jika kita membaca ayatulkursi sebanyak 3 kali, dimana ALLAH akan menghantar malaikat bagi menjaga dan melindungi kita serta seluruh kampung sampai pagi.....
4th, memaafkan segala kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan oleh sesiapa kepada kita n halalkan segala hutang piutang orang yang berhutang dengan kita kerana jika kita meninggal dalam tido, segala hutang piutang tersebut telah dihalalkan dan memudahkan kita semasa berada di hari penghisaban kelak...
5th, banyakkan mengucap astaghfirullah hal azim dan menginsafi segala kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan terhadap makhluk ALLAH dan terhadap ALLAH sendiri...
jika sahabat mempunyai amalan tambahan, sudi2kanlah untuk berkongsi bersama ea...syukran:-)

Saturday, August 22, 2009
1st day puasa...
alhamdullilah dapat jugak aku bangun untuk bersahur..
hehehehe....
pagi nie aku ade klas sampai kul 3...
dapat lupakan ckit tentang hari pertama puasa n mungkin xkan terasa...
insyaALLAH dengan peluang yang telah diberikan kepada kita semua untuk melalui ramadan ini...
kita patut menghargainya dengan penuh kesyukuran dan sama2lah kita tingkatkan amalan2 di bulan yang paling istimewa ini:-)

Friday, August 21, 2009
Kegembiraan untuk yang beriman
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa mati dalam keadaan itu (percaya dan berikrar dengan dua kalimah syahadah), mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan berpuasa di bulan Ramadhan, dia bersama dengan nabi-nabi, siddiqin dan syuhada' pada hari qiamat nanti dalam keadaan begini...(sambil menunjukkan dua jarinya yang didempekkan, menjelaskan hampirnya hubungan orang yang berkenaan dengan mereka itu) selagi dia tidak mendurhakai kedua ibu bapanya".
Jika dia mendurhakai kedua ibu bapanya dia tidak mencapai martabat ini. Jika berbuat demikian dia mesti minta ampun dengan kedua ibu bapanya. Jika kedua ibu bapanya meninggal dunia, dia mesti beristighfar untuk kedua ibu bapanya dan berbuat baik dengan kawan-kawan mereka. At-Tirmizi meriwayatkan dari Abu Said, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Peniaga yang benar dan amanah bersama-sama dengan nabi-nabi, siddiqin dan syuhada' pada hari qiamat."
Ini adalah kelebihan dan pahala yang diberikan kepada peniaga yang jujur dalam perniagaannya. Bukan bererti peniaga yang jujur menanggung kerugian. Mereka juga memperolehi keuntungan bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat kelak.Disebut di dalam kitab-kitab hadith bahawa Rasulullah s.a.w. telah ditanya oleh seorang sahabat. Bagaimanakah kelebihan diperolehi jika seseorang itu kasih kepada sesuatu kaum, padahal dia tidak pernah berjumpa dengannya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Seseorang itu bersama dengan orang yang dia kasih."
Jika kasihnya ditumpahkan kepada orang yang jahat, syaitan, dan taghut ia bersama dengan mereka dan begitulah sebaliknya jika dia kasih kepada Rasulullah s.a.w. dan pengikutnya dia akan bersama dengan mereka.Allah menyebut di dalam al-Quran dengan firman-Nya yang bermaksud:
"Terdapat di kalangan manusia orang-orang yang mengadakan tuhan-tuhan yang lain dari Allah dan kasih kepada tuhan-tuhan itu sebagaimana dia kasih kepada Allah. Dan orang-orang yang beriman itu sangat kasih kepada Allah." (Surah al-Baqarah: 165)
Apabila disebut hadith yang bermaksud:
"Seseorang itu bersama dengan orang yang dikasihi,"
Anas bin Malik berkata hadith ini menggembirakan orang-orang yang beriman.
Tafsir Al Quran
Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Tafsir Surah An-Nisa' ayat 67

Pengenalan..
assamualaikum...
nama yang telah diberikan oleh kedua ibubapa ku adlah mohd khairi..
pernah bersekolah di sekolah kebangsaan kok lanas, kemudia aku ditukarkan ke sekolah kebangsaan kampong chengal..di situ aku berkenalan dengan ramai kawan2 yang satu kepala ngan aku..
huhuhu..
banyak kenangan manis aku ketika berada disana..
setelah tamat darjah 6 n keputusan upsr diumumkan...aku kemudia bersekolah di sekolah stmfp tetapi xlama kemudian aku bertukar sekolah ke sekolah smka melor...
di sekolah tersebut, aku memperoleh banyak pengalaman yang berharga dan membuatkan aku supaya menghargai diri dan jangan berputus asa..
setelah habis form 5, aku kemudian melanjutkan pelajaran ke kolej matrikulasi negeri sembilan...
tapi, keputusan aku semasa di matrik xseberapa baik dan aku hanya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di universiti malaysia terengganu dalam bidang fizik elektronik...
kerana merasakan aku xminat sangat dengan fizik membuatkan aku memilih untuk sambung belajar di kolej pembantu perubtan ulu kinta yang tawarannya hadir bersama tawaran ke UMT...
sekarang aku baru berada di semester 3 di kolej pembantu perubatan ulu kinta..

Subscribe to:
Posts (Atom)